Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Trip to Pangkor : Jalan2 dan ShopPINK

 Assalamualaikum..

Bersambung lagi kisah cuti2 kami di Pulau Pangkor.. ni n3 terakhir sepanjang kami berada di Pulau Pangkor.. 

Selepas membersihkan diri dan dah dapat kereta sewa.. kami round pulau... lagipun Pangkor bukannya besar mana pun kan.. sambil jalan2 snap pemandangan cantik2 dan shopping.. 

Antara tempat menarik yg kami kunjungi ialah Teluk Dalam, Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan LKIM, Masjid 1000 Selawat, Kota Belanda dan Pekan Pangkor.

So layan gambarlah ya.. simpan kenangan di sini.. 

TELUK DALAM

cantik pemandangan kat sini.. tak jumpa pulak Teluk Dalam Resort yg pernah kami stay dulu.. khabarnya dah tutup..


MENARA TINJAU


muka merajuk sebab tak dpt naik atas.. risau beb tangga dia.. biar dak kenit nangis jgn aku yg nangis..

lepas pujuk2 baru ceria.. cian anak mama.. tunggu besar sket baru mama bagi naik tmpt adventure.. hehehe..


PUSAT PEMPROSESAN HASIL PERIKANAN LKIM


us..

model mama..

Sedikit cadangan.. tempat ni cantik.. sesuai utk pelancongan.. alangkah bagusnya perbanyakkan hasil jualan produk perikanan di sini dgn peniga2 Melayu dan harga janganlah mahal sangat ya.. hehehe.. InsyaAllah.. semakin ramai pelancong akan datang.. sedih aku tengok kedai yg ada.. belilah jugak support orang kita.. 


tak jauh dari situ.. ada kedai jualan hasil perikanan yg agak besar dan meriah.. ramai orang borong di situ.. yeah mungkin kerana harga yg agak murah dan banyak pilihan.. beratus2 jugak habis duit aku.. huhuhuhu... 


MASJID 1000 SELAWAT



sambil menunggu en suami dan si hero gi solat.. kami luangkan masa yg ada menikmati keindahan yg sangat cantik di sekitar masjid ni..


tengah syok2 ambik gambar.. jumpa opismate sebelah partition merangkap blogger dan tokey Amway yang berjaya.. 




cantik sungguh pemandangan sini..

Kami minum petang di gerai berhampiran sambil menikmati pemandangan.. tapi tulah cuti sekolah.. makanan banyak habis.. huhuuhu.. lapaq weiiii...


KOTA BELANDA




tapak sejarah...


PEKAN PANGKOR

ShopPINK time!

sini pun jadi bergambar asal cantik..

syurga weiiiii... hahahahaha...

kedai yg murah jugak pada aku.. habis lagi beratus2 kat sini.. aku memang kaki shopPink! tapi ikut keadaan dan tempat ya.. bukan selalu pun aku shopPink.. 



ni pemandangan waktu malam.. masa tu tengah cari makan malam..

Keesokannya...

Sebelum check out.. bawa anak2 gi mandi pantai lagi yg tak jauh dari RPP.. perjalanan dalam 5 minit jerk berjalan kaki.. 


seronok betul budak2 ni main kat sini.. ni private punya.. RM10 seorang..

anak dara ngan mak dara cari tempat bergambar.. hiks..

suh si kakak berendam sat.. tiba2 dia menjerit kecil.. belakang dia ada sekumpulan ikan bilis mata biru.. hahahahaa... kecut perut makcik ni...

mmg tak takut ngan orang kot kumpulan ni.. aku ngan si hero asyik follow jerk sampai hilang dari pandangan...

lepas check out kami singgah makan tengahari kat restoran area sini.. sedap jugak lauk2 dia.. mungkin sebab dah lapar kot...

lepas pulangkan kereta sewa.. jadilah kami penunggu feri yg setia... huhuhuuhu.. berjam2 jugak kat sini.. sambil2 menunggu tu gigih lagi aku pi ShopPINK... hahahahha.. pantang ada peluang..


Oklah.. itu sahaja pengalaman cuti2 kami di Pulau Pangkor.. yang memberi kami pengalaman yg cukup bermakna buat kamu sekeluarga.. puas hati cuti2 kali ni.. dapat pergi beberapa tempat walaupun tak semua.. 

InsyaAllah.. ada rezeki kami akan datang lagi selagi RPP masih kukuh di pulau ini.. cia3..

See Ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah