Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Puasa Amiera - Day 10 'til Day 14

Day 10..

Amiera berjaya pada puasa yang ke-10 ni.. alhamdulillah.. buka puasa kat rumah jerk.. menu yang aku masak as below yerk.. biasa2 jerk.. yang penting kenyang..

sayur campur..

telur masak lemak kuning..


pedal masak cili api

Day 11..

Memandangkan Fateh masuk wad.. so, kami berbuka puasa di hospital.. alhamdulillah.. nampaknya Amiera segar jerk hari tu.. maklumlah kan.. katanya dapat tidur hotel.. so, kami berbuka ngan makanan dari bazar Ramadhan.. Amiera makan nasi ayam..

Day 12..

Bersahurkan roti canai.. Amiera nampak ceria.. tapi bila nampak nurse2 hantar makanan.. besar dugaan dia.. sekejap2 tengok kat makanan tu.. sampaikan siap pesan kat aku suh simpan makanan tu.. so, masa berbuka dia makan bubur yang hospital sediakan.. huhuhu.. tapi makan sket jerk... last2 dia suh aku suapkan makanan aku.. katanya lebih sedap!! huhuhu...

Day 13..

Sahur makan nasi goreng kedai jerk.. aku yang tak berapa nak lalu.. Amiera.. punyalah dia ngadap.. kalau nasi goreng ni memang dia suker.. masa dia temankan aku jalan2.. ada jerk alasan sakit perut.. tu semua kes nak berbuka.. nak tak nak bagi motivasi sket.. suh dia tidur lah.. tapi tak nak pulaks tidur.. pi main2 ngan adik dia laks.. gamat dalam bilik hospital tu.. berbuka di rumah tapi berlaukkan makanan di bazar Ramadhan.. alhamdulillah.. berjaya puasa penuh sehingga hari ke-13 ni.. alhamdulillah..

Day 14..

Dah lama tak bersahur kat rumah.. huhuhu..walhal baru jerk 3 hari.. cam biasa kalau kat rumah cuti2 ni.. ada jerk karenah nya.. kejap2 nak susu lah.. mmm.... mana boleh!! untuk hilangkan rasa bosan dia.. aku suh dia siapkan keje sekolah mana2 yg tak siap.. kemas2 bilik dia yang bersepah... pastu aku suh dia tidur.. bila dah bangun.. ikut hubby gi jalan2 ke mana2.. at least masa dia tak terbuang.. nanti mengamuk nak berbuka.. hari minggu ni aku just masak kat rumah jerk.. hubby request kurma kambing.. aku ok jerk kalau nak masak.. yg penting bahan2 kena ada... Amiera berselera sungguh dia berbuka.. kurma kambing tu pun dia makan.. maklumlah kan bukannya pedas sangat pun.. nak2 lagi ada ayam + pedal goreng kunyit.. lagilah laju dia makan...

ni lauk hubby dan amiera..

ni lauk aku..

ni lauk untuk semua...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah