Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Salam 1 Ramadhan

Salam semua..

Macam mana hari ni?? segar ke layu?? hehehehhe.. korang puasa ke?? ke ada yang masih dlm bulan mengambang??

Aku bangun hampir kul 5.. panas2 kan apa yang patut.. pastu goreng udang.. buat 2 air untuk aku ngan hubby (tea panas & susu Anlene).. Amiera makan Coco-Crunch, Sekeping Roti dan 2 suap nasi... sebotol susu (tak malu kan.. dah besar2 pun nak berbotol lagi).. bolat2 mata dia nak menghabiskan susu.. perut dah penuh.. macam2 aku suh dia makan.. selesai makan.. last sekali kena minum air suam secawan.. maun tak pecah perut penuh ngan air.. huhuhuhuu.. nasib lah.. kang letih sapa susah!!

Alhamdulillah.. aku ngan family.. dapat bangun sahur bersama2.. termasuk si kecik walaupun dia tak puasa.. sibuk ngadap kitaorang makan sambil meneran (time tu ler pulak dia nak membuang.. bau memang tak hengat!! telan gak lah nasi.. Amiera sampai tutup hidung.. )

Sebelum pergi sekolah.. macam2 aku pesan kat dia.. jangan berlari.. kalau rehat duk kat tapak perhimpunan.. kalau kawan yang tak puasa tu ajak makan.. kata tak nak sebab Amiera puasa.. dan tengahari ni aku kena pi ambik dia kat sekolah sebab sekolah agama cuti sempena menyambut 1 Ramadhan ni..

Hope.. Amiera dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya pada tahun ni...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah