Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Day 2 ~ Muzium Kuching

Assalamualaikum..

Bersambung lagi cuti2 kami di Sarawak.. tengah2 bosan.. keje2 coding dah siap.. tgg requirement spec dari user tak sampai2 lagi ni.. meh kita update blog sket walaupun kemalasan melampau..

Hari ke-2 di Sarawak.. tempat kedua dalam agenda ialah Muzium Kuching.. jom bawa anak2 tengok kucing.. Fateh ngan Arissa suka sangat dengan kucing.. cuma kakak jerk yg anti.. huhuhu.. nasiblah ko kak.. sib baik takde kucing hidup.. confirm kakak tak mau masuk..


Muzium Kuching ni terletak di dalam bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara Petra Jaya.. perjalanan dalam 10-15 minit dari hotel..

pintu masuk.. bayar tiket kat dalam ya.. RM3 seorang..

sib baik ada anak kecik yg nak bergambar.. kalau tak ambik gambar pemandangan jerlah..

us.. kakak memang anti bergambar.. walhal dia masa kecik2 muka dia jerlah dalam kamera.. hahahha..


macam2 patung kucing kat sini.. suka nau anak2 aku..

kucing yang dah di awet.. seram siot tengok mata dia..

bestnya kalau kucing hidup sebesar tu ya.. comel sangat..

ado sajo gelagat hero sorang ni..

kubur kucing..

macam2 spesies dalam ni..

kucing ni aku suka.. so sweet.. manolah laki aku.. kalau tak leh fefeeling love.. gedik bak kata mira.. kesah.. hahahhahaha.. jeles lah tue..

kat luar Muzium ada pameran dan aktiviti utk anak2.. 


aku suka tengok susunan pasir dalam balang kaca tu.. sangat cantik..

Oklah.. setengah jam dalam ni.. macam2 sudut pameran perihal kucing.. tapi aku tak baca sangat pun.. aku suka tengok gambar jerk.. huhuhuhu.. so, jgn tanya aku pasal sejarah kucing ni.. hahahah.. kalau nak tau.. korang yg nak datang ke Kuching silalah melawat Muzium Kuching ni yo..

See Ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah