Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Alam Persekolahan dan Pertandingan PDPR 2021

 Assalamualaikum...

Kisah ni setahun yang lalu.. keluar kat memories on facebook.. masa ni dak kenit baru Tahun 1.. so, aku nak simpan dalam blog ni utk kenangan aku pada masa hadapan.. 

Memandangkan negara kita di landa Covid-19.. so, Arissa tidak dapat merasa pengalaman hari pertama memasuki Tahun 1 seperti kakak dan abangnya.. sesi pendaftaran hanya di jalankan secara online sahaja.. dan pembelajaran juga secara PDPR.. pada bulan Mac 2021, barulah kerajaan umumkan sekolah akan beroperasi tetapi secara berperingkat.. bukan main seronok dak kenit dapat gi sekolah.. yerlah kan.. lama nau terperap dalam rumah.. mati kutu beb!

walaupun hanya pendaftaran secara online.. tapi aku tetap pakaikan dia pakaian seragam untuk bagi dak kenit semangat dan memahami erti alam sekolah rendah..

baju pun tak gosok.. kedut seribu ko.. tahap dewa kemalasan mak ko ni.. hahahaha.. 

Sepanjang proses PDPR.. memang agak mencabar.. yerlah.. aku yang juga bekerja dari rumah.. terpaksa membahagikan masa antara pelajaran dan kebajikan anak2 serta kerja opis aku sendiri.. memang penat.. anak2 bergantung sepenuhnya kepada aku.. yerlah budak Tahun 1 mana lah reti apa yg cikgu cakapkan.. blur2 gitu.. bila belajar online lagilah diorang mengantuk.. so, sebagai ibu aku kena pastikan dia faham akan apa yang dipelajari.. tu belum kejar si teruna sorang tu.. tak boleh leka.. lainlah dibuatnya nanti..

masa ni sekolah dah mula beroperasi.. anggaplah first day sekolah.. bukan main semangat dak kenit nak gi school..


omeynya dak kenit mama ni..

semangat kami hantar first day school... kenangan beb.. si kakak dan si abang pun kami hantarkan siap ambik cuti lagi..

Beberapa bulan kemudian.. kerajaan mengumumkan PKP semula ekoran peningkatan kes Covid-19.. 

Aduhaiiii... lomah...

Nak mengharungi sesi PDPR dan BDR... uwaaaaaaaaaa... mak senak do! mana nak kejar timeline tugasan sekolah anak2.. nak kejar keje2 coding aku... stress ok!

salah satu aktiviti PSV dalam PDPR..

Dalam bulan Merdeka.. ada beberapa pertandingan di anjurkan.. dah jadi tugasan sekolah pulak.. nak tak nak dak kenit kenalah join.. walaupun macam2 karenah dak kenit tapi dia berjaya harungi.. maklumlah mak ko ni singa..

pertandingan Colors of Merdeka.. di bawah subjek PSV.. banyak ngelat dak kenit ni.. tangan penatlah.. itulah inilah.. akhirnya siap juga sebelum due.. si mak tolonglah sket2 nak bagi lagi kemas.. hiks..

pertandingan Voice of Merdeka.. di bawah subjek Muzik.. ni yg paling susah.. nak suh hafal lirik.. menyanyi ikut muzik.. nak rakam lagi.. aduhhh.. dahlah syarat tak boleh rakam sket2.. kena rakam sekali harung... fuh mencabar beb! uols nak tengok rakaman ni leh klik sini..

Subjek Muzik paling banyak task yang nak kena rakam.. setiap kali lagu2 baru.. kena hafal, nyanyi,  rakam dan send dalam folder tugasan.. boleh juga tengok rakaman2 tersebut dalam Channel Dak Kenit ni ya.. jangan lupa like dan subscribe!! tiberrr... kelakar ngan keletah dak kenit.. yerlah masa mula2 tu tegak jerk.. tak pandai lagi nak action.. huhuhu.. 

Selain tu subjek Sains pun ada buat pertandingan sempena Bulan Panitia Sains.. pun jadi tugasan pelajar.. boleh tengok sini dak kenit menyanyi..

Subjek BM pun tak terkecuali dengan program Minggu Bahasa.. so, tugasan anak2 ialah membaca.. baca ikut teks yang diberi dan rakam.. klik sini utk lihat dak kenit membaca..

Pada bulan November.. pihak sekolah mengumumkan pemenang bagi setiap program yang diadakan sepanjang PDPR... masa ni anak2 dah masuk sekolah semula.. so, diorang terima hadiah daripada guru subjek masing2..

Alhamdulillah.. dak kenit berjaya menjadi Johan dalam pertandingan Voice of Merdeka dan Pertandingan Bacaan Lancar bagi Tahun 1.. selain tu dak kenit juga mendapat Naib Johan dalam pertandingan Colors of Merdeka dan mendapat saguhati dalam pertandingan nyanyian program Sains..

seronok dah kenit sebab berjaya menjadi Johan Tahun  1 dalam Voice of Merdeka.. hadiah disampaikan oleh guru Muzik..

menerima hadiah saguhati dari Guru Sains.. tapi malang sekali.. hadiah ni hilang.. tak tau siapa yang curi.. sian dak kenit.. bersusah payah dia membuat tugasan.. senang2 jerk diorang curi.. nak ambik hadiah dalam tu ambiklah.. ni tak.. sijil dan plak pun dikebas jugak.. sadissss...

Johan dalam pertandingan Bacaan Lancar Tahun 1.. dapat plak dari guru Bahasa Melayu..

Naib Johan dalam pertandingan Colors of Merdeka.. disampaikan oleh guru PSV.. makin seronok dak kenit gi sekolah.. huhuhhuhu...

Dak kenit juga mendapat anugerah Nilam semasa acara penyampaian hadiah akhir tahun..

Itulah sahaja kenangan dak kenit sepanjang Tahun 1.. Tahun 2 banyak aktiviti dak kenit tak masuk especially pertadingan2 dalam bulan Merdeka.. miss comm dengan guru.. kita cuba Tahun 3 laks ya sayang... 

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah