Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Rumah Peranginan Persekutuan Morib

 Assalamualaikum..

Kisahnya selepas tamat SPM 2021 pada hujung bulan Mac yang lalu.. aku memang dah tempah awal RPP Morib ni kononnya nak bagi kakak release tension lepas habis exam SPM.. cuti dekat2 jerk.. tapi al-malangnya.. bahana covid.. si kakak terpaksa tangguh 4 subjek dan akan menduduki pada bulan April..  aduhaiiiii... dugaan sungguh.. kawan2 lain semua dah merdeka.. huhuhu.. takpelah kak.. redha jerk atas ujian ni.. tapi tulah kan.. setiap satu tu.. ada hikmahnya.. kakak dapat sambung belajar tak jauh dari Morib ni... hiks.. alhamdulillah.. terima kasih Ya Rabb..

Layan gambar sambil story mory.. 

kali ke-2 datang sini.. dekat jerk dari rumah.. dalam sejam perjalanan..

budak yang paling seronok dapat jalan2..

sebelum ni menginap di Tioman 2.. sini ada 2 bilik.. sesuai untuk family kecik aku..

rumah2 yang lain.. 

makcik ni memang takut nak merentasi lautan anak ketam.. hahahaha..

dak berdua ni toksah cakap.. pantang nampak laut..

happy nya!

hasil menjala.. huhuhu..

kasih si abang..

air cetek time ni..

usaha mendajal si kakak..

muka happy dapat mandi di tengah2 laut..

ok dah jom balik..

kenangan..

Oklah itu sahaja kenangan kami di sini.. gambar tak berapa cun.. ntahlah.. pelik jerk bila aku transfer melalui tele.. mungkin kualiti kureng masa aku transfer tu.. huhuhu.. aptb.. see ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah