Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Karenah si kakak

 Assalamualaikum..

Sejak si kakak berjauhan dengan kami.. dan melalui pengalaman baru di asrama dan tekanan dalam pembelajaran.. macam2 penyakit yang datang tak diundang.. manja ngat kot.. aku dulu pun stress juga belajar.. lagi jauh nun kat Pantai Timur.. takdelah pulak sakit macam2.. setakat demam selesema tu biasalah.. huhuhuu...

Setiap kali matrik benarkan balik bermalam.. tak pernah kami tidak mengambilnya.. dan dia sendiri memang tak nak duk asrama.. alasannya bosan menghadap dinding.. hahahaha.. aku tengok pelajar2 matrik yg lain... macam seronok duk asrama.. bersukan bagai.. study sama2.. gelak sana sini.. tapi kakak.. kadang2 jerk dia join study group.. bersukan tak nak.. banyak masa dihabiskan dalam bilik.. yes.. she's introvert sama cam aku.. bezanya aku boleh menyesuaikan diri dengan suasana.. dan aku memang tak suka study group apatah lagi belajar kat library.. aku tak akan fokus.. so, aku lebih suka belajar sendiri dalam bilik dan selesa.. 

3 bulan di kolej.. mengeluh sakit.. sakit di kelopak mata katanya.. sebagai ibu semestinya risau keadaan anak yang sedang sakit.. gagah lah kami bawa di ke klinik untuk mendapatkan penjelasan dr.. alhamdulillah.. beberapa minggu kemudian dah ok.. mungkin mata stress... 

muka serius... hehehhehe..

mana tak sakit urat.. duduk pun x betul..

lepas bawa si kakak ke klinik.. kami lepak kat pantai Morib.. 

seronok dak kenit main layang2.. angin pantai kuat..

malu2 jumpa abg clown..

posing sat ngan belon love abg clown..

si hero ni ikut pale dia jerk..

Lagi beberapa minggu nak exam akhir semesta bulan ni.. mengeluh sakit lagi.. sakit di pergelangan tangan dan merebak sehingga ke bahu kemudian merebak ke tangan sebelah lagi.. sakit bila menulis banyak katanya.. aduhhhh... kesian kakak.. 

3 hari berturut2 kami datang melawatnya sebelum exam final masa cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor.. masa ni aku ingatkan sakit dia tak serius sangat.. mungkin sebab banyak sangat menulis.. aku just belikan ubat dari farmasi..

Tapi naluri ibu rasa tak sedap.. esoknya aku suh dia gi klinik.. pihak kolej akan hantarkan sebab pihak kolej tak benarkan pelajar keluar kolej masa study week.. at least ada ubat sesuai dari dr.. pergilah si kakak memberanikan diri ke klinik yg tak jauh dari kolej.. dr klinik tak dapat nak justify sakit apa.. dr just bagi vitamin dan ubat tahan sakit.. dr nak rujuk ke hospital Banting tapi memandangkan kami di Putrajaya.. dr suh gi Putrajaya jerk..

Malam sebelum exam bermula.. si kakak msg bgtau sakit dah merebak ke kaki dan kaki dia kebas.. susah nak berjalan.. haish.. lagilah susah hati aku.. aku suh si kakak mintak tolong kawan2 urutkan..  alhamdulillah kurang sikit sakitnya.. tapi hati seorang ibu.. risau yang amat.. kakak ada history tak boleh berjalan semasa di tadika.. so, aku nekad msg pensyarah HEP untuk bawa kakak keluar dari kolej selepas exam hari pertama untuk bawa kakak ke hospital mendapatkan rawatan.. sebab exam seterusnya lagi 3 hari.. alhamdulillah diluluskan.. 

Di hospital, dr tak boleh nak justify sakit apa sebab ujian darah dan x-ray tidak menunjukkan apa2 kekurangan.. dr hanya sekadar bagi vitamin dan ubat tahan sakit yang kuat sahaja.. refer ke pakar pun tidak.. adoiiii.. lotihh.. so, terpaksalah aku ambil inisiatif sendiri bawa kakak berurut sebelum hantar dia semula ke kolej.. nak tak nak terpaksa hadap juga sakit semasa exam.. kalau masih tak ok juga sakit dia selepas exam.. mungkin kami bawa dia semula ke hosp untuk dirujuk kepada pakar.. itupun kalau pihak hospital tak banyak songeh.. dalam masa yang sama kami akan hantar dia untuk rawatan fisioterapi swasta..

menunggu untuk di urut.. 

model Spa..

Di doakan semoga si kakak dapat bertahan lagi beberapa hari untuk final exam, dipermudahkan menjawab exam dan semoga cepat sembuh dari penyakit yg datang tidak diundang ni.. aaminn.. see ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah