Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Bas Nadi Putra buat hal lagi..

Petang semalam..

Dengan berkobar2nya aku punch card balik seminit lewat.. konon2nya dapat kejar bas awal dan sampai rumah awal...

Tunggu punya tunggu.. bayang langsung takde.. yang ada pun semua pergi Putrajaya Sentral... bas direct langsung takde.. hangen jerk.. kul 5.30 masib bleh sabar lagi...

Penumpang yang nak balik ikut laluan ke rumah aku semakin ramai.. tu baru satu bus stop.. belum campur lagi ngan penumpang2 lain kat bus stop seterusnya... dan belum campur lagi pekerja2 asing yang selalu naik bas ngan kami.. diorang paling ramai..

Kul 5.47... member aku kat sebelah dah panas hati... dahlah cuaca panas terik.. nunggu kat bus stop tu... aduiiiii.. berpoluh2.. aku SMS kat hotline Nadi Putra.. buat aduan perihal bas yang langsung tak ada.. tapi takde balasan... hmmmm... biasanya kalau aku msg mesti ada orang balas... 10 minit kemudian.. aku hilang sabar.. aku call terus... wakil Bas Nadi Putra tu bagitau bas on the way.. on the way dari mana pun tak tau..

Bas2 lain especially yang menghala ke Presint 5, Cyberjaya dan Desa Pinggiran dah lalu 2 ke 3 kali.. tu belum lagi bas yang ke haluan Presint 8,9,10,11,17,18... dah banyak kali buat pusingan.. apa kes?? ke mana pulaks 2 bas (bas yang ke laluan perumahan kami) yang pergi ke Putrajaya Sentral tak sampai2 lagi... tak patah balik ke?? pihak Nadi Putra.. sila jawab!

Tunggu lagi 10 minit.. baru bas sampai... tapi aku tak suka naik bas ni coz why.. dia akan round banyak tempat... dahlah bas tu jenis sit tak banyak... bayangkanlah berapa ramai penumpang yang nak balik.. aku rasa lebih dari 100 orang.. nasib baik bus stop aku tu adalah hentian yang pertama.. so, semua orang dapat duduk.. sampai bus stop kedua.. bas dah penuh dan ramai yang berdiri..

Bila lalu ke bus stop yang ketiga... perghhh... ramai siot yang standby nak naik bas.. bas langsung tak singgah kat bus stop.. ngeri driver nak bawak ramai2 penumpang kot.. sampai pulaks kat bus stop yang ke-4.. lagi ramai pekerja asing... mencanak bas lalu tak nak berhenti... kesian pulaks ngan diorang.. tapi nak buat macam mana.. bas satu jerk yang ada buat masa tu... lalu pulaks ke bus stop ke-5.. pun ramai.. bas buat dek jerk...

As usual.. bas ni mesti masuk Alamanda... tension nya.. dahlah sampai lambat... nak merewang lagi... rupa2nya ada sorang mamat ni yg nak pi Alamanda.. bas tu pun tak ambik penumpang yang sedang menunggu.. kesian adik2 sekolah yang nak balik rumah.. kena tunggu bas lain yg tak tau bila nak mai...oh ya masa nak masuk simpang ke Alamanda tu barulah nampak bas direct lalu... confirm bas tu akan padat cam ikan sardin.. muat2 utk penumpang kat bus stop ke-3 dan ke-4 agaknya..

Bas yang aku naik kemudian hantar penumpang ke kawasan apartment Presint 15 dan kemudian jalan2 makan angin ke kawasan perumahan teres Presint 15... aduiiii... sib baik ada sorang penumpang yang turun.. kalau takde tu memang hangen jerk..

Ok... bas sampai kat area rumah aku dalam pukul 6.40 petang ko!... aku tunggu dari pukul 5.01 minit petang.. sampai rumah 1 jam 40 minit kemudian... hellooooooo... rumah aku dokek yo.. 15 minit dah boleh sampai... 1 jam 40 minit aku dah boleh sampai tol Air Keroh tau... grrrrrrrrr.... tension!!

Yang paling best.. ada sorang penumpang ni bagitau aku... dia dah tunggu dari pukul 4.35 minit petang... sampai kat kawasan perumahan dia dalam pukul 6.30 petang... means dia sampai rumah 2 jam kemudian... perghhhhh.... jauhnya rumah dia... macam duk kat Perak pulaks... adoiiiii...

Penat... letih... panas... semua orang especially kaum2 hawa stress dan tak larat utk uruskan hal2 rumah...

Wahai pihak Nadi Putra... kenapa perkhidmatan bas semakin teruk... jangan jadikan alasan tiada bas.. sebab memang ada bas yang lalu cuma bas tu tak patah balik... ke mana perginya bas tersebut??

Harap diambil tindakan sewajarnya..

Update : Aku baru terbaca maklumat dari blog Ahli Parlimen Putrajaya berkenaan bas Nadi Putra.. sila baca disini.. ada satu petikan yang menarik utk aku kongsi di sini...

Dalam taklimat tersebut, Ku Nan dengan nada serius menekankan tentang kepentingan penjadualan bas henti-henti, kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi yang ditanggung oleh kerajaan yang mencecah lebih dari RM 70 juta, menaikkan gaji pemandu bas, cadangan menaikkan kadar tambang daripada RM 0.50 kepada RM 1.00.

Nak naikkan kadar tambang bas... aku tak kisah!! tapi mungkin ramai yang akan tidak berpuashati sebab apa??? perkhidmatan bas yang ditawarkan agak teruk... so, kalau nak naikkan kadar tambang bas.. pastikan kami sampai 15 - 30 minit ke rumah.. boleh?

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah