Assalamulaikum..
Exam UPKK bagi subjek Lughatul Quran (Bahasa Arab) dan Ulum Syariah (Aqidah & Ibadat) telah selesai diduduki oleh Amiera semalam utk subjek Ulum Syariah dan Khamis minggu lepas untuk subjek Lughatul Quran.. Alhamdulillah..
Respons Amiera tentang subjek Lughatul Quran.. "bolehlah".. untuk subjek Ulum Syariah.. "ok, senang".. amboi!! hopefully hasil usaha kami berdua dalam tempoh sebulan ni dengan ujian Amiera kena denggi berbaloi.. semoga Amiera mendapat keputusan yang cemerlang.. aminnnn...
Di bawah ni adalah hasil pemerhatian aku selama sebulan mengajar Amiera dan berdasarkan contoh soalan tahun2 lepas..
Bagi subjek
Lughatul Quran.. ada Bahagian A (40 markah) dan Bahagian B (60 markah).. soalan berbentuk objektif dan subjektif.. ada soalan berkaitan dengan gambar, ada soalan berkaitan dengan nombor, ada soalan berkaitan dengan masa, ada soalan berkaitan dengan bulan Hijrah, ada soalan susun ayat, ada soalan berkaitan kata ganti diri, ada soalan berdasarkan teks.. aku tak berapa reti bahasa Arab ni.. aku cuma semak jawapan Amiera berdasarkan skema markah yang disediakan dalam contoh soalan tahun2 lepas..
Bagi subjek
Ulum Syariah.. ada dua bahagian juga iaitu Bahagian A - Aqidah (50 markah) dan Bahagian B - Ibadat (50 markah)..
Dalam bahagian A.. soalan adalah berbentuk objektif dan subjektif.. soalan adalah berkaitan dengan Rukun Iman.. sifat2 Allah, malaikat, kitab2 yang diturunkan, rasul dan mukjizat, mengenai hari kiamat serta qada' dan qadar.. kena tahu nama, makna, peranan, jenis, contoh2, kelebihan / faedah, akibat / kesan..
Manakala bagi bahagian B.. juga berbentuk objektif dan subjektif.. soalan adalah berkisar kepada Rukun Islam seperti solat (Solat Fardu, Solat Jamak, Solat Jumaat, Solat Jenazah, Solat Sunat Rawatib, Solat Tarawikh, Solat Witir) dan berpuasa.. selain itu, ada soalan berkaitan dengan bersuci seperti bersugi, berwuduq, bertayammum, beristinjak dan mandi wajib.. so, anak2 kena tahu syarat wajib, syarat sah, hukum dan rukun solat / bersuci..
Sebelum Amiera menduduki exam, macam2 tips aku bagi kat dia.. yerlah kita yang dah berpengalaman ni kan.. kenalah share apa yang patut.. antara tips menjawab soalan tu ialah:-
1. Berzikir dan berdoa bila masuk ke dewan peperiksaan. Keluarkan alat tulis jika perlu. Dalam kes Amiera tak perlu bawak apa2.. bawak badan jerk sebab semuanya disediakan.
2. Baca terlebih dahulu arahan di muka hadapan kertas soalan.
3. Tulis dengan jelas maklumat yang diperlukan seperti nama, no.kp, angka giliran etc..
4. Baca bismillah ketika nak menjawab soalan..
5. Bulatkan jawapan yang tidak tahu atau tidak pasti. Jangan menjawab dengan kadar masa yang lama bagi satu soalan.. teruskan dengan menjawab soalan yang lain..
6. Tulisan hendaklah kemas dan sedap mata memandang.
7. Bagi soalan berbentuk isi tempat kosong berdasarkan teks yang diberi, pastikan jawab dengan ayat yang lengkap.
8. Setelah selesai satu set soalan.. ulang semula dan jawab soalan yang masih tidak berjawab sehingga habis..
9. Jika masih ada masa, ulang semula semak soalan dan jawapan.. pastikan kita berpuas hati dengan jawapan yang diberi.
10. Tamat
Disamping tu.. anak2 dan ibubapa digalakkan buat solat hajat.. boleh juga amalkan doa2.. InsyaAllah.. dipermudahkan urusan menjawab soalan peperiksaan..
Lain2 N3 UPKK :
persediaan-peperiksaan-upkk-2015
exam-upkk-day-3-sirah-dan-jawi-khat,
exam-upkk-last-day-adab-akhlak-islamiyah
Comments