Kisah Amiera dan Denggi


Assalamualaikum,
Memang tak sangka Amiera kena demam denggi.. sangat terkejut ok.. meh aku nak story..

kalau aku jumpa ko nyamuk dalam rumah aku.. siap ko!! aku ganyang2 ko cukup2..


Hari Pertama


Masa raya Haji baru2 ni.. kat Ipoh.. Amiera ada mengadu sakit kaki.. masa tu kami gi melawat anak sedara cirit birit.. hampir dehydrate.. walaupun sakit kaki gagah jugak dia nak ngikut ke hospital Ipoh.. 
Balik hospital pi rumah SIL.. makan2.. nyum3.. petang tu Amiera mintak ubat demam ngan aku.. pastu dia dok berselubung dalam bilik. .sejuk.. suruh makan kurang selera katanya.. tapi aku paksa jugak petang tu.. lepas makan telan ubat demam.. 
Malamnya Amiera demam balik.. aku dah risau..

Hari Kedua

Kami akan ke Cameron.. gather2 family en hubby.. lewat petang.. demam still tak ok.. pergi klinik cari ubat tahan sakit jenis yang masuk kat dubur.. diorang tak jual.. yang ada cuma jenis paracetamol.. ubat tu memang aku bawak sentiasa utk Arissa.. staff tu nasihatkan jgn guna ubat tahan sakit sebab kita tak tahu demam tu demam biasa atau demam denggi.. sebab ubat tahan sakit sangat bahaya utk pesakit denggi kerana boleh mengurangkan platlet (maklumat ni aku dapat pengesahan dari dr klinik kerajaan)..
Lepas masukkan ubat punggung tu.. baru Amiera ada kudrat sket nak bangun.. nak makan nasi telur dadar katanya.. tapi ciput jerk dia makan..

Hari Ketiga

Demam dah kurang sket.. Amiera makan apa segala yg ada dalam kereta.. bersungguh2 dia makan.. yerlah dah 2 ke 3 hari tak makan.. sian dia.. walaupun nampak lemah tapi dia gagah jugaks ngikut kami meneroka Mossy Forest.. (pasal Mossy Forest tu nanti aku update ya..)
Sabtu malam.. Amiera dah nampak kurang demamnya.. makan non stop.. malam tu jugak kami balik ke Putrajaya.. sebab Amiera ada kelas tambahan sekolah agama.. preparation untuk exam UPKK..

Hari Keempat

Ahad tu kami semua lotih.. esp en hubby.. drive jauh kan.. dan Amiera demam semula.. tekak dia dah merah.. itupun lepas dia makan aiskrim strawberry..

Hari Kelima

Isnin kami bawak di ke klinik panel.. dapat ubat antibiotik dan ubat tahan sakit / ubat demam.. nasib baik sekolah istihar cuti.. dr bagi mc utk hari esoknya juga..

Walaupun makan ubat tahan sakit tu.. demam Amiera masih tak kebah2 juga..

Dan tanpa Amiera sedar.. dia period!.. boleh tak perasan.. aduiii.. aku ingatkan dia period biasa2.. sbb memang tgh tunggu masa jerk kitaran haid dia berulang..

Hari Keenam

Amiera follow aku ke opis.. kesian dia.. demam2 pun kena bangun pagi mandi.. hehehhe.. jangan manja2 sangat... sepanjang kat opis dia tidur jerk.. tak larat nak buat apa2.. makan cuma bubur jerk.. tu pun susah nak perabihkan.. petangnya.. aku bagi Amiera ubat paracetamol 2 biji.. ubat kk.. alhamdulillah.. suhu menurun..

Hari Ketujuh

Awal pagi Rabu.. Amiera bangun kejut aku.. katanya cam nak demam.. tapi aku rasa suhu dia ok.. dia sambung tido balik.. pukul 6 lebih dia bangun.. tak selesa katanya.. dia tunjuk yang ruam2 dah naik kat tangan dia.. gatal2..

ruam yang naik..


So, aku bawak Amiera ke klinik kesihatan kerajaan yg berdekatan dengan rumah.. just nak mintak Calamine losyen.. tapi aku tak sangka.. dr suspect denggi.. kata dr.. kebiasaannya.. ruam akan keluar selepas demam panas.. dan kawasan tempat tinggal aku adalah kawasan wabak denggi.. aku ingatkan demam virus biasa.. sebab yg tu pun akan keluar rashes jugaks.. tapi kata dr.. itu biasanya berlaku pada bayi.. kalau kanak2 dan orang dewasa itu adalah simptom denggi.. dr suh aku pergi ke klinik Presint 18 utk buat ujian darah.. then suh datang balik jumpa dia.. giler ke.. dahlah aku tak reti drive.. en hubby aku sah2 dah keluar gi keje.. acaner?

jam dah kul 8.. tapi kaunter pendaftaran masih gelap.. haiyaa.. 

Tapi dr pun musykil juga.. sebab simptom denggi yg lain Amiera tak alami.. macam sakit perut.. muntah2.. sakit sendi.. kata dr.. ada dua kebarangkalian.. samada denggi atau alergik antibiotik.. dr suh makan ubat antibiotik yg lain.. stop antibiotik yg lama..

Dr cadang.. kalau tak nak ambik darah hari ini.. dia suruh aku monitor Amiera.. kalau Amiera masih tak berubah.. dia suruh datang balik dan akan di suggest utk ambik darah..

Aku msg en hubby perihal Amiera.. kasih seorang ayah.. baru sahaja sampai opis.. gagah patah balik.. bawak kami ke klinik panel.. dr yg merawat sebelum ni.. pun tak pasti masalah apa.. ujian darah dilakukan.. result akan diketahui beberapa jam kemudian.. maklumlah klinik biasa2 ni takde makmal..

Petangnya.. en hubby khabarkan berita yang kurang enak didengar.. platlet Amiera rendah.. 99 katanya.. what??? aku dah risau.. camno nak buek ni.. dr akan buat surat refer ke hospital.. tapi kalau nak ke hosp gomen time petang2 ni.. esp emergency department.. memang diorang tak akan layan.. kalau nak guna Medical Card malasnya aku nak ke KPJ Kajang tu.. itupun kalau ada bilik kosong.. kang satu hal pulaks..

So, kami decide.. gi hosp kerajaan jerk.. cuma sebelum tu aku kena pergi ke klinik kerajaan untuk buat ujian darah terlebih dahulu.. sebab masih office hour kan..

Nasib baik ada aplikasi MyTeksi.. itupun member yg ajar cara guna.. aku tahu download jerk.. tak pernah guna pun.. tak sampai 5 minit teksi dah tiba.. sungguh excellent!

Sampai di klinik Presint 18.. dah nak pukul 4.30.. Amiera orang terakhir yang ambik darah.. fuhhh... sib baik sempat.. kesian Amiera.. dahlah kulit jenis ekzema.. susah nak ambik darah kat lengan.. terpaksa nurse ambik darah kat tangan.. sakit ooooo... hasil ujian darah.. bacaan platlet memang rendah.. lebih rendah dari pagi tadi.. 86.. dr pun tak boleh nak decide samada denggi atau tidak.. sebab Amiera tidak menunjukkan simptom denggi yang sebenar..


dr bagi panduan ni incase Amiera memang kena denggi..

Dr suruh datang esok pagi untuk ambik darah buat ujian denggi..

Petang tu en hubby pi beli ketam.. malam tu kena paksa rela Amiera telan sup ketam.. hehehehe..

sup ketam

Hari Kelapan

Hari ni hari memeritkan Amiera.. kesian dia.. sakit semalam kena cucuk tak hilang lagi.. kena cucuk lagi.. pun kat tangan.. dan masalah lagi rumit bila darah dia tak nak keluar.. aduhaiiii.. nurse biasa surrender nak ambik darah Amiera.. pass kat matron yang ambik darah Amiera semalamnya.. dia pun masih ingat Amiera.. urat Amiera jadi rata.. macam kurang air dalam badan.. lama jugak dalam bilik nurse.. ibu2 mengandung yang kena ambik darah silih berganti keluar masuk.. akhirnya dapat jugaks.. syukur..

Tunggu hampir sejam untuk berjumpa dr.. terkejut aku sebab jumpa balik dr sama semalam yang suspect Amiera kena denggi.. patutlah katanya macam kenal jerk nama pesakit.. maklumlah nama pesakit lebih kurang nama dr.. huhuhuhu.. aku masuk jerk bilik rawatan.. bila dia nampak aku terus dia cakap.. 'kan saya dah kata'.. heheheh.. aku senyum jerk.. malu weiiii..

Berdasarkan hasil ujian darah untuk menentukan samada Amiera positif denggi ke tidak.. sah Amiera kena denggi.. dr bgtau.. Amiera 2 kali kena gigit.. sebab diorang dapat detect.. kali pertama dalam 7 hari sebelum.. dan kali kedua dalam tempoh 5 hari.. pergh.. kuatnya Amiera melawan virus denggi.. dan alhamdulillah.. platlet Amiera dah naik ke 128.. syukur sangat2.. tak perlu nak masuk wad.. kes Amiera telah dinotifikasikan sebagai kes denggi.. siaplah pasni orang JKN cari aku.. huhuhuhu..

Dr suruh datang lagi untuk check darah.. tapi kena datang hari Isnin.. tapi Amiera ada exam UPKK.. pastu dr suruh pergi ke Presint 9 pada hari Ahad..

So, sebelum ambik darah.. aku kena pastikan Amiera minum air banyak2.. dan telan kapsul pucuk betik.. pengasuh Arissa yang bagi.. sebab anak dia pun baru kena demam denggi.. itupun kenalan sebelah katil yg kena demam denggi yang bagi ubat tu kat anak pengasuh Arissa..

nilah rupa kapsul tu.. pic credit to klik2herba.blogspot.com


Hari Kesebelas

Hari yang dinantikan.. semoga Amiera sembuh lah hendaknya.. hasil ujian darah menunjukkan platlet Amiera semakin naik.. syukur alhamdulillah.. kes Amiera ditutup.. Amiera tak perlu datang lagi untuk check darah.. tapi dari pemerhatian aku.. walaupun Amiera dah sihat.. badan dah tak gatal2.. ruam di kaki masih ada.. lain macam sungguh rupa ruam tu.. itulah ruam demam denggi.. so.. senanglah pasni nak kenalpasti..

rekod pemantauan ujian darah di klinik kerajaan


Itulah kisah sepanjang Amiera diserang demam denggi.. buat perhatian semua ibu bapa yg ada anak2.. kalau demam dah lebih 3 hari tu better bawak pi klinik.. kalau boleh buat ujian darah.. kes denggi sekarang ni dah tak macam dulu.. simptom dia sangat berbeza antara satu kes dengan kes yang lain.. dan yang paling menakutkan.. yg aku dengar.. khabarnya dr sangat bimbang kerana virus denggi sekarang banyak yang serang organ tanpa menunjukkan simptom2 awal.. fuhhh.. takutnya... jagalah anak2 kita.. pastikan persekitaran di dalam dan luar rumah bersih.. pastikan tiada jentik2 dalam air bertakung.. alhamdulillah.. setakat ni aku tak jumpa lagi jentik2.. cacing adalah.. huhuhuhu.. kedua2 bilik air memang sentiasa digunapakai.. air sentiasa mengalir..

Keje2 menyembur toksah cakaplah.. selagi aerosol tu tak habis.. selagi tu aku akan sembur bilik.. tapi masalahnya aku tak jumpa pun seketul nyamuk.. grrrr..

Harap2 pasni rumah aku bebas dari ancaman nyamuk aedes.. yerlah nyamuk ni kita susah sket nak nampak.. kocik bonar.. tak taulah Amiera kena gigit tu kat mana.. dalam rumah ke.. luar rumah ke.. wallahualam..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty