Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Persediaan Peperiksaan UPKK 2015 ~ Buku Rujukan dan Contoh Soalan

Assalamualaikum..

Meh aku nak share buku2 rujukan yang diguna sepanjang aku mengajar Amiera untuk menduduki exam UPKK..

Pada awal tahun.. en hubby ada belikan nota padat UPKK dan koleksi soalan UPKK.. dengan harapan Amiera boleh cuba menjawab sikit2..dan dalam 8 bulan sebelum ni.. memang minta bantuan ustazah untuk bimbing Amiera..  aku memang tak monitor sangat... sibuk dengan Arissa.. letih pun ya lepas balik keje.. banyak menda nak kena buat..


Sebulan sebelum exam bertulis percubaan dan sebenar UPKK bagi 5 subjek.. tergerak hati aku untuk google contoh2 soalan lain kalau ada.. memang susah nak jumpa..

Ntah macam mana aku terklik kat satu laman web kedai buku ni.. jumpalah koleksi soalan2 UPKK.. yang menarik minat aku untuk membelinya ialah koleksi soalan tu diasingkan mengikut subjek.. so, senang sikit aku nak monitor.. yang paling penting pembelian secara online.. sangat mudah cepat..

 
   
menariknya buku2 ini.. ada 2 set soalan tambahan macam soalan spot lah disediakan.. 
pic credit to www.topbooks.my

 dan aku lebih suka Amiera menjawab soalan yang bentuknya seakan kertas soalan sebenar.. 
pic credit to www.topbooks.my

Setelah aku suruh Amiera jawab soalan tahun 2010 bagi semua subjek.. aku tengok pemahaman dan hafalan Amiera agak mendukacitakan.. tambahan pulaks keputusan ujian gerak gempur yang tidak memuaskan hati aku.. so, dari situ aku paksa Amiera baca buku Nota dan kemudian menjawab soalan tersebut.. selepas Amiera menjawab.. aku akan semak dan berbincang dengan Amiera.. apa, mengapa, bagaimana dan di mana sambil menerangkan kaedah menjawab soalan.. alhamdulillah.. Amiera menunjukkan respons yang positif untuk sama2 membuat ulangkaji.. sampai kering tekak aku bertekak dengan Amiera.. hahahahha.. its a wonderfull memory ok!

So, sebelum exam percubaan diadakan.. aku suruh Amiera menjawab Set 1.. manalah tahu untuk percubaan akan keluar seperti soalan spot tersebut... dan u know what?? memang dalam soalan percubaan tu ada soalan yg keluar sejibik sejibon.. aku biarkan dulu Set 2.. aku nak Amiera jawab soalan tu menjelang exam sebenar UPKK..

Habis menjawab semua soalan dari tahun 2010 - 2014 dari koleksi soalan yang aku beli ni.. konon nak suruh Amiera jawab soalan dari keluaran Nadwa.. tapi aku agak tak berkenan sebab digabungkan soalan2 semua tahun mengikut subjek.. pening ok.. so, tolak ketepi..

Kebetulan Amiera ada bawak balik koleksi soalan dari sekolah.. ustazah yang belikan katanya.. tapi alsedihnya.. soalan2 tu banyak yang tak berjawab dan tak bertanda... so, aku suruh Amiera jawab semua soalan tu walaupun ada yang pernah dijawab dalam koleksi soalan sebelum ni.. takpe.. sekurang2nya aku nak dia ingat dan boleh compare jawapan Amiera kali ni.. samada dia masih ingat atau masih main2..

Selain buku Nota Padat yang ada.. aku juga merujuk kepada buku Teks Tahun 4 keluaran JAKIM yang masih disimpan di bilik Amiera.. Tahun 3 punya buku dah tak tau kat mana.. mungkin dalam stor agaknya.. ada masa hari2 dan minit2 terakhir ni.. aku suruh jugak Amiera jawab buku aktiviti yang masih kosong...

Semoga anakku Amiera berjaya menjawab soalan UPKK dengan jayanya dan mendapat keputusan yang cemerlang.. aminnn... doakan ya..

Lain2 N3 exam UPKK:-
exam-upkk-hari-pertama-dan-kedua-b.Arab-dan-ulum-syariah
exam-upkk-hari-ke-3-sirah-dan-jawi-khat
exam-upkk-last-day-adab-akhlak-islamiyah

Comments

Puteri Satu said…
besar da amiera... dah exam upkk dah pun.. dulu kecit cinonit je.. insyallah amiera budak yg bijak... insyallah akan dpt keputusan cemerlang... aminn... doa ibu tiada tolok bandingnya... good luck amiera...
Unknown said…
Tunggu keluaran yang akan datang. In sya Allah... doakan ya, niat sy utk memberi kemudahan kpd calon dan ibu bapa selain mengembangkan dakwah dan melaksanakan sunnah

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah