Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hari Pendaftaran Kolej Matrikulasi Selangor 2022/2023

 Assalamualaikum..

Tiba hari yang dinantikan... 25 Julai 2022.. hari yang akan kami lepaskan si kakak untuk berdikari di matrikulasi.. selama 18 tahun tak pernah berenggang dengan kami untuk tempoh yang lama.. tapi nasib baik kakak dapat Matrikulasi yg tak jauh sangat dengan rumah.. bolehlah jenguk hujung2 minggu..

gambar di ambil selepas tamat minggu orientasi.. masa hari pendaftaran tak sempat nak bergambar sebab hujan..

Jam 8.30 kami gerak ke Banting.. perjalanan hampir sejam.. sebab first time nak pergi.. hanya berpandukan google map.. jauh ke dalam jugak nak ke matrik ni.. dah nak sampai tu hujan turun dengan lebatnya... hujan rahmat.. merahmati anak2 kami untuk meneruskan perjuangan hidup sebagai pelajar matrik.. 

Kesian petugas2 sepanjang tempoh pendaftaran.. terpaksa berpayung.. dan ada juga berpakaian ala2 petugas covid bagi memudahkan urusan.. anda semua terbaik!!


KMS ada 2 asrama lelaki dan 3 asrama perempuan.. pic credit to KMS..

Berpandukan gambarajah KMS, kami cari parking yang berdekatan dengan asrama.. sebelum tu drop dulu si kakak untuk pergi daftar..

flow hari pendaftaran

pic credit to empunya gambar.. jumpa kat fb kalau x silap..

Selepas anak2 pergi mendaftar, mereka akan dibekalkan kunci bilik asrama.. so, uols bolehlah angkut barang2 ke bilik.. untung si kakak sebab dapat bilik bawah.. so, tolak jerk guna trolley.. 

satu blok dah besar.. satu tingkat tak tahu ada berapa bilik.. ada 4 tingkat semuanya.. fuhhhh... ramai.. antara setiap blok ada cafe.. so takdelah jauh sangat nak beli makanan..

ni kafe di antara blok Vega dan Polaris.. 

uols yg dah muak nak makan kat cafe.. boleh jerk order dari grab etc.. tapi kena ambil kat guard ya.. bayaran make sure secara online.. cash tidak dibenarkan.. 

Sampai jerk di bilik.. dah ada sorang pelajar daftar masuk bilik.. tapi dia tiada mungkin bersama family di luar.. so, aku tolong si kakak kemas apa yg patut.. 

Oh ya.. dalam bilik ni.. ada 4 katil.. 2 katil di tepi tingkap dan 2 katil di tepi dinding..

ruang yang luas.. sangat selesa.. Mira tak nak duk tepi tingkap... hahahahaha...

Terus dia ambik ruangan ni.. sebab ruangan dinding satu lagi pelajar lain dah cop.. sib baik kamu awal kak.. kalau lambat terpaksalah duduk tepi tingkap... huhuhuhu... untung kamu kak oiiii... dapat KMS yang selesa.. setakat bersesak2 tu.. terkurang sket2 tu biasalah.. jadikan ia pengalaman hidup..

Kami tinggalkan si kakak ngan dak kenit dalam bilik.. kami terus ke dewan untuk mendengar taklimat ibu bapa..

terpaksa keluar dan masuk semula ke matrik untuk ke dewan.. sebab masa ni laluan semua sehala untuk mengelakkan jem.. dengan keadaan hujan lebat.. ada kereta yg tersangkut kat tanah.. macam2... sib baik kami tak parking area bertanah.. 

Taklimat tamat agak lewat sebab sesi soal jawab ibu bapa.. kami dah keluar awal sebab dah lapar... huhuhuhu... dah pukul 1 kot.. hujan pun dah reda.. 

Kami suruh Mira tunggu di Surau yg berdekatan dengan asrama.. cantik dan besar surau ni..

Lepas lunch.. kami hantar semula si kakak ke Matrik.. bagi dia rehat dan kemas apa yg patut.. standby taklimat pelajar waktu malam.. tapi almalangnya.. kami dimaklumkan taklimat diawalkan ke sebelah petang... huhuhuu.. kalutlah makcik tu...

bergambar kenangan dengan classmate masa Form 5.. bawak gi makan sekali sebab parent dia dah balik.. cafe pulak ramai.. kesian sorang2..

bilik kakak yg penuh ngan stok air mineral..

ni gambar seminggu kemudian.. masa nak hantar kakak masuk semula untuk memulakan pengajian.. lepak2 dulu tepi asrama.. will miss u kakak... si adik suka pedajal si kakak.. aku yg geram.. grrr...

Oklah... itu jerk kenangan semasa hari pendaftaran.. tak banyak sangat memori sebab kekangan masa dan hujan..

See Ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah