Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Prosedur Pra-Pendaftaran di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)

 Assalamualaikum..

Hari yang dinantikan.. segala persiapan telah dibuat.. oh ya.. sebelum aku buat n3 semasa hari pendaftaran.. meh aku cerita sket persiapan dokumen dan keperluan untuk masuk ke Kolej Matrikulasi Selangor.. untuk lain2 kolej aku tak pasti bagaimana prosedur dan dokumen yang perlu disediakan. Selain bertanya kepada anak sedara dan senior Mira yang pernah masuk ke Kolej Matrikulasi, kami juga mencari maklumat di google dan group telegram berkaitan pendaftaran Matrik.

Penafian : Post ini hanya berkaitan dengan persediaan dokumen sebelum mendaftar masuk ke Kolej Matrikulasi Selangor sahaja untuk sesi 2022/2023. Aku tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan sekiranya ada. Pelajar dan ibu bapa hendaklah membaca panduan yang disediakan oleh pihak Kolej. Post ini sekadar untuk berkongsi pengetahuan persediaan dokumen sebelum pendaftaran anak aku ke Kolej Matrikulasi Selangor. Gambar-gambar di post ini adalah screen shot dari borang/dokumen yang telah dimuatnaik. Kredit kepada pihak Kolej Matrikulasi Selangor dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Harap Maklum.

DOKUMEN


Masa semak keputusan, sekiranya anak kita ditawarkan program di Kolej Matrikulasi Selangor.. akan ada senarai seperti gambar di atas.. PASTIKAN uols klik Pengesahan Terima Tawaran terlebih dahulu dan ikut arahan seterusnya untuk menerima tawaran sebelum boleh download/cetak dokumen2 item 2-16.

Dah setuju terima, baru boleh download borang/dokumen item 2-19.. aku cadangkan silalah DOWNLOAD!! nanti senang nak print kemudian.. 

Item No. 2 - Surat Tawaran -> silalah print banyak2 ya.. at least 5 keping.. senang kalau uols nak claim macam2.. aku claim insurans pendidikan Prudential Mira untuk bayaran pendaftaran dan perbelanjaan Mira di kolej. Alhamdulillah sangat ada insurans yang ada pakej simpanan sekali.. dan yang paling best aku boleh claim reward atas result SPM Mira.. dapatlah beli sebijik laptop utk kegunaan Mira di kolej..


Item No. 3 - Panduan Pendaftaran Pelajar -> WAJIB baca dan fahamkan prosedur tawaran.. antaranya membayar yuran, membuka akaun BSN dan membuat pendaftaran secara online dalam laman web Kolej Matrikulasi Selangor.. pembayaran yuran pendaftaran boleh dibuat di kaunter BSN ataupun secara online. Aku transfer jerk senang.. pastu jangan lupa print slip bayaran dan sahkan.. masa nak transfer online tu masukkan kod bank dan no. matriks as reference.. Setelah membuka akaun bank BSN, jangan lupa fotostat maklumat akaun BSN sebanyak 2 salinan dan jangan lupa sahkan juga. Dah selesai urusan perbankan, barulah boleh daftar secara online dalam laman web KMS.. ingat kena daftar tau.. item No. 1 hanya terima tawaran sahaja.. urusan pendaftaran adalah di bawah kolej masing-masing.

Item No. 4 - Panduan Mengisi Borang Perjanjian -> Yang ni pun WAJIB baca dan fahamkan ya.. ramai yang buat kesilapan masa isi borang.. 


Item No. 5 - Perjanjian Pembiayaan Pelajar -> haa.. ni lah borang yang kena isi dengan merujuk panduan item No. 4.. sila print 2 salinan dan isi maklumat yang berkenaan sahaja menggunakan huruf BESAR.. pelajar dan penjamin wajib sign ringkas di hujung bawah kanan setiap muka surat kecuali muka surat 15. Pada muka surat 15, pelajar dan penjamin hendaklah tandatangan di ruangan yang disediakan.. SAKSI bagi pelajar dan penjamin adalah orang yang sama dan hendaklah memegang jawatan yang dalam senarai sahaja.. boleh rujuk panduan pada item No. 4 ya.. dah siap borang ni, silalah beli SETEM hasil RM10 sebanyak 2 keping kat pejabat pos.. kemudian silalah ke LHDN untuk matikan setem.. pastikan bawa surat tawaran untuk perhatian pihak LHDN..


Item No. 6 - Maklumat Diri Pelajar -> Sebelum isi borang ni, sediakan gambar passport berlatarbelakang warna PUTIH mengikut ukuran yang ditetapkan sebanyak 4 keping dan pastikan ada softcopy untuk diserahkan kepada pihak Kolej.. fotostat ic pelajar dan ibu bapa serta sijil lahir pelajar dan tampal diruangan yang disediakan.. pastu pastikan salinan tersebut disahkan.. 

Item No. 7 - Akuan Persetujuan Ibu Bapa -> uols as parents wajib tandatangan akuan persetujuan ni.. dan faham ya isi kandungannya.. jangan main sign jerk tau! hiks..


Item No. 8 - Pengakuan Bebas Dadah -> Pelajar dan parents kena sign akuan ni.. 


Item No. 9 - Pengesahan Pendapatan ->  Sila isi maklumat pendapatan dan anak-anak di bawah tanggungan.. sediakan juga penyata gaji ibu dan bapa yang telah DISAHKAN oleh majikan masing-masing. Parents yang tiada penyata gaji tak perlulah sertakan..


Item No. 10 - Akuan Pendapatan -> Akuan ni hanya untuk parents yang TIADA penyata gaji.. 

Item No. 11 - Borang Rekod Kesihatan Pelajar -> Tandakan ✔ (Ya) atau X (Tidak) diruangan yang disediakan dan isi butiran lanjut sekiranya pilihan adalah Ya.

Item No. 12 - Borang Pengisytiharan Kesihatan Covid 19 -> Sila jawab soalan yang disediakan semasa hari pendaftaran. Pastikan terlebih dahulu screenshot status MySejahtera mengikut tarikh yang telah ditetapkan, kemudian print  dan tampal diruangan yang disediakan.

Item No. 13 - Borang Elaun Murid Khas -> Khusus untuk pelajar2 istimewa.. 

Item No. 14 - Buku Peraturan Pelajar -> Anak2 sila baca dan hadamkan ya.. Jangan nakal2 kat kolej tau! nanti kena DENDA!

Item No. 15 - Surat Aku Janji Pelajar -> Anak2 sila baca baik-baik arahan perjanjian ini dan sign..

Item No. 16 - Senarai Semak Dokumen -> Ini yang paling penting.. Lepas siap semua dokumen yang perlu diisi dan ditandatangan.. sila lah susun ikut senarai semak ni.. dan jangan lupa tick jika telah lengkap.. Dan masukkan semua borang ke dalam sampul.. kang hilang tercicir kat mana2.. naya jerk.. kalau boleh klip atau stapler by each document.


KEPERLUAN PELAJAR


Gambar di atas adalah senarai minimum yang ditetapkan oleh pihak Kolej.. 

Antara barang2 keperluan peribadi yang lain ialah:-

* Carpet - beli saiz L.. ngam2 lah ruangan kat bilik Mira tu.. sebab asrama beralaskan simen ya.. sejukkk... dan anak2 lebih selesa nak solat..

* Penyapu dan penyodok - beli masa dah daftar sebab bilik berhabuk dan bersawang.. so, bleh guna pakai satu bilik..

* Hanger dan penyepit - kalau anak2 korang rajin membasuh.. kalau malas gi jerk kat dobi.. dryer pun ado.. tak yah susah2.. pulus jerk kena sediakan.. kwang2..

* Bahan2 cucian - baldi, pencuci baju, berus, syampo, syampu badan dan segala tok nenek khususnya anak2 yang cerewet.. hahahahaha..

* Selipar - urusan ke toilet

* Spray nyamuk, lipas dan insect repellent - incase ada tetamu tak diundang.. nak2 pulak anak2 jenis alergik

* Ubat2an dan supplement - sangat membantu sebagai backup semasa kecemasan.. yerlah kang demam/pening boleh telan ubat dulu.. kalau teruk baru gi klinik.. 

* Air mineral - memang kena sentiasa ada stok.. nak beli kat mesin yang disediakan pun boleh.. tapi tulah.. kadang2 takde air lah.. so better kita sediakan..

* Cawan, pinggan mangkuk dan termos - senang anak2 nak makan dan minum

* Minuman 3 in 1, gula, teh/kopi kalau nak bancuh sendiri

* Biskut dan roti mesti sentiasa ada sebagai backup kalau tak sempat nak makan.. sediakan juga box utk simpan stok makanan dan minuman ni.. letak bawah katil.. baru nampak kemas..

* Duit - sediakan lah duit belanja untuk anak2.. at least rm100.. tapi janganlah bagi sekeping note rn100 tu.. agak2 ahhh.. sian anak2 korang.. sediakan wang kecil.. banyakkan rm1 utk urusan dobi..

* Kunci mangga - ni sangat penting untuk kunci almari

Anak2 yang dapat bilik ground floor, bolehlah bawa trolley nak angkut barang.. takdelah ulang alik banyak kali nak angkut.. 

AMARAN : Pihak Kolej tidak membenarkan membawa sebarang peralatan elektrik kecuali handphone. Laptop dibenarkan tetapi perlu didaftarkan di pejabat HEP.


Alhamdulillah.. semoga tips dan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anak2 membuat persediaan sekiranya mendapat tawaran di Kolej Matrikulasi Selangor atau mana2 Kolej Matrikulasi yang lain.. 

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah