Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Majlis Penyampaian Slip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021

 Assalamualaikum..

Secebis kenangan untuk dititipkan di sini.. 

Tanggal 16 Jun 2022 yang lalu.. menjadi sejarah dalam diari persekolahan puteri sulungku.. 

Hari yang dinanti2kan oleh setiap pelajar yang menduduki exam SPM.. tak terkecuali aku as parent.. duk dak duk dak mengalahkan si anak debarnya..

Aku mohon cuti untuk beri sokongan atas apa sahaja keputusan yang bakal diperolehi.. 

Majlis sepatutnya berlangsung pukul 10 pagi.. tapi biasalah mesti ada kelewatan.. byk benda guru2 nak uruskan.. sementara menanti majlis.. hp aku dah standby page nak check result.. hahahaha.. lagi seminit pukul 10 aku refresh page.. tup2 page semakan dah keluar.. gigil beb.. cepat2 aku masukkan angka giliran.. keluar jerk slip online tu.. caya ngan tak jerk.. aku terus screen shot dan send kat en suami.. menggigil2 tangan aku time tu.. dengan nak soroknya.. aduiiii... bayangkanlah keadaan aku time tu.. gelabahnya... satu badan seram sejuk aku rasa... hahahahahah... tak sempat aku nak tengok detail sebab  Mira kat sebelah aku.. aku tak nak dia tau.. dia ngan kawan dia dah janji tak nak check... diorang nak tunggu keputusan dari pihak sekolah...

Lepas beberapa minit.. baru suhu seram sejuk aku tu hilang.. lega.. so, dapatlah aku duk dalam majlis tu dengan tenang... hahahahha.. jahat.. mira ngan kawan masih dup dap dup dap... lambat lak majlis nak start..

Dalam pukul 10 lebih.. tak tau exactly time.. majlis pun bermula.. dimulakan dengan ucapan pengerusi PIBG dan Pengetua.. slide analisa keputusan SPM dibentangkan oleh Pengetua.. GPS sekolah agak menurun dari tahun sebelum.. ada peningkatan dan penurunan peratus kelulusan untuk subjek2 yang ditawarkan.. 

antara slide yg menarik perhatian aku..

Usai pembentangan analisa keputusan SPM.. tibalah masanya penyampaian slip kepada pelajar2 cemerlang bermula dari 4A.. debaran kian terasa utk anak2 yg masih belum tahu keputusan..

Sorang2 nama pelajar dipanggil dari 4A hingga 7A.. tapi nama Mira dan kawan dia takde dalam senarai.. hati makin dup dap dup dap.. tinggal 6 orang sahaja calon cemerlang untuk 8A dan 9A belum diumumkan.. adakah nama mereka ada dalam senarai pelajar cemerlang ataupun tidak.. 

Tibalah giliran nama pelajar yang mendapat 8A diumumkan.. pelajar pertama yang diumumkan mendapat anugerah pelajar terbaik aliran Sains.. pelajar kedua diumumkan.. nama Mira berkumandang di dewan.. kaget makcik tu.. huhuhu...  alhamdulillah.. tahniah anak Mama.. mama tumpang gembira atas kejayaan yang dikecapi hari ini.. semuanya atas usaha kamu sendiri.. 

En. suami bergegas dari pejabat untuk sama2 meraikan kejayaan puteri sulung kami..
 
Kawan Mira merangkap kawan sekelas dan kawan sealiran mendapat straight A.. tahniah dari Aunty.. tahniah juga buat semua pelajar yang menduduki SPM 2021.. kalian adalah batch '04 aka tikus makmal yang berjaya mengharungi pelbagai dugaan since KSSR..

bersama sahabat seperjuangan.. congrate to all of u!

Selesai majlis.. aku dating ngan makcik ni kat Alamanda.. celebrate berdua dulu.. petangnya celebrate ramai2..

segan2 nak hadiah.. offer yg ni demand pulak nak yg latest.. huh! layan jerk asal dia happy..

congrate kakak.. semoga menjadi penyuntik semangat buat adik2..

layan movie pulak.. 
dak kenit jeles kakak dapat bunga dan bear.. huhuhuhu.. kalau nak belajar rajin2 ya.. 

Alhamdulillah... selesai sudah coretan pertama 2022.. caiyok2.. hahahaha.. semoga aku cekal untuk update blog lepas ni.. aaminnn...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah