Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2021 Parlimen Putrajaya

 Assalamualaikum..

Sehari sebelum Amiera melapor diri di pusat pengajian tinggi.. kami dapat jemputan ke Majlis Anugerah SPM 2021 yang dianjurkan oleh Parlimen Putrajaya.. alhamdulillah.. 

Amiera dapat mana? nanti aku story mory next n3 ya.. 

Pukul 8 lebih dah gerak ke Dewan Sri Siantan.. kelihatan kereta dah beratur nak masuk parking.. ramai jugak yg hadir dan ramai juga yang masih lewat... huuhuhu.. jemputan untuk pelajar2 SPM 2021 yang mendapat 5A ke atas dan yang bersekolah di Putrajaya.. manakala bagi pelajar SAS dan SMKA pelajar hendaklah menetap di Putrajaya..

Lepas pendaftaran, pelajar2 hendaklah duduk di tempat mengikut nombor yang telah ditetapkan.. mak pak pandai2lah cari tempat kosong... melilau cari.. kebetulan ada kosong tak jauh dari tempat Mira.. lega..

see.. mama kamu ni blogger.. bergambar tu wajib ok! ahaks..

Majlis bermula jam 9 lebih.. sebelum ucapan dari Ketua Kampung merangkap ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor.. sesi bergambar bersama pelajar2 cemerlang diadakan..

pic credit to fb page Ahli Parlimen Putrajaya

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Ketua Kampung.. biasalah orang politik ni.. pantang dapat microphone... macam2 nasihat utk anak2 cemerlang ni.. ingat tu kakak.. jangan lupa jasa orang tua!! berpijak di bumi nyata.. bukannya mendongak ke langit tatkala berjaya.. sentiasa merendah diri walau di mana kamu berada.. 

alhamdulillah.. tq KuNan bagi ole2 utk anak2 cemerlang ni.. dapatlah support duit belanja nak masuk ke pengajian tinggi nanti..

as usual.. kenangan terindah diabadikan bersama sahabat.. semoga menjadi sahabat dunia akhirat walaupun berpisah demi mengejar cita-cita..

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Ketua Kampung yang menganjurkan program seumpama ini.. sedikit sebanyak memberi dorongan dan kekuatan untuk anak2 ini lebih maju di masa akan datang.. selain menyuntik semangat untuk anak2 yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah