Jaga adik..

Semalam..

Plan nak ke pasar malam lepas Maghrib..

Tapi Amiera dah pesan siap2 yang dia tak nak ikut.. ok.. aku bagi tapi dengan syarat.. kena mandi.. kemas beg dan cepat2 siapkan kerja sekolah.. ok.. dipatuhi.. pastu dia boleh fokus layan citer kartun sementara kami ke pasar malam..

Plannya jugak nak bawak Fateh.. memang tak berani nak tinggalkan dia ngan Amiera sebab Fateh very the lasak.. ntah macam2 yang dibuatnya nanti.. Amiera kalau dah tengok kartun memang tak endah dah apa yg berlaku sekeliling dia.. aku panggil sepuluh kali pun dia wat dono jerk.. tapi kalau aku jerit kat dia.. baru dia balas.. 'Apa??!!'.. sentap aku tau kalau dia balas camtu.. tapi aku dah biasa dah.. bagi nasihat pun tak makan dek saman.. dia dah besar nanti baru dia tau..

Ntah macam mana..


Fateh bleh tertidur laks lepas minum susu.. so, batalkan niat nak bawak dia..

Dengan rasa berat hati.. terpaksa tinggalkan Fateh yang dah ketiduran dengan kakak dia.. berkali2 aku pesan kat Amiera jaga adik.. risau oooo... Fateh baring depan TV (sound kena slow sket).. dia tak boleh tidur keseorangan dalam bilik.. mesti dia mudah terjaga.. aku tinggalkan hp aku kat Amiera.. apa2 hal call hp en hubby..

So, berdatinglah aku ngan en hubby ke pasar malam.. tapi sepanjang perjalanan aku memang risau.. kalau boleh nak terbang cepat2 sampai ke pasar malam.. beli cepat2.. pastu terbang balik ke rumah.. nasib baik perjalanan ke pasar malam Bangi makan masa 15 minit.. baru jerk kereta bergerak.. Amiera call... 'Mama.. Amiera lapar...' dalam suara yg sebaknya... haishhhh... dan.. dan.. tu laparnya.. tadi masa kami kat rumah tak cakap apa pun.. aku pesan suh makan chipsmore dulu.. terus hilang suara sebak dia... 'ok'.. terus ceria.. sabor jelah.. ngades!.. sepanjang masa dalam kereta tak putus2 terima msg dari Amiera.. ada jerk yang nak diboraknya.. actually.. bila kita bagi anak2 kita ber-sms ngan kita.. at least she learn how to make a full sentences.. walaupun ada tersalah ejaan.. cth: mama bay mama.. means.. mama.. bye mama..

Yang paling best.. kalau dia bersms ngan en hubby.. boleh pulaks dia nyamar jadi aku.. suka2 dia jer.. cth: abg, nanti beli ayg kuetiaw ya.. walhal dia yg suka makan kuetiaw.. tak pasal2 aku yg kena.. boleh gitu??

So, sampai jerk kami di pasar malam.. discuss ngan en hubby.. masing2 ada tugas.. aku beli sayur2an.. en hubby beli ikan, sotong dan udang.. kami akan berjumpa semula kat tempat mainan.. pastu macam lipas kudung aku cari barang2.. nak cepat punya pasal.. hati aku tak tenteram tinggalkan mereka di rumah..

Dalam setengah jam settle beli barang yg patut.. tak sempat nak mentelaah or merewang kat pasar malam tu.. singgah kejap jer kat kedai tudung.. belek2.. tanya harga.. pastu blaa...

Aku belikan mainan utk Amiera dan Fateh coz sebagai upah Amiera jaga adik dengan baik.. dan si adik tidur dengan lena sehingga kami balik.. syukur semua selamat..

Aku mimpi mlm smlm.. mungkin terlalu risau kan budak2 ni.. aku mimpi budak2 ni naik motor ngan sorang mamat yg tak dikenali.. pastu dia tinggalkan kat satu tempat.. jenuh kami kejar.. hampeh tul.. setan.. setan.. ko kacau aku tidur yaa..


2 omelan:

Suraya Baharun said...

ok la tu kak ina..amiera dah pandai jaga adik dia..dah boleh diharap la tu...

Faina Arisya said...

su.

harap2 macam tu lah sampai bila2..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty