Testimonial : Penyedut Hingus Baby ~ Nasal Aspirator

Assalamualaikum..

Semalam aku beli penyedut hingus baby kat Manjaku.. pusing punya pusing.. naik pening kepala tengok barang.. akhirnya jumpa jugaks.. jenama Pigeon..

siap ada bekas.. senang kalau nak bawak pi mana2.. 

Petang semalam.. sebelum mandikan Arissa.. aku sedut hingus dia.. hambek ko!! menjerit2 dia.. nak2 pulaks bila tangan dia kena pegang.. lagi dia mengamuk.. huhuhuh...

Dan hasilnya..

hingus yang agak banyak bagi bayi berusia 4 bulan..  itu pada pendapat aku laa.. 

Pastu dia minum susu dengan tenang.. tak dengar bunyi hingus kat hidung.. alhamdulillah..

Alat ni memang sangat berkesan utk mengeluarkan hingus berbanding dengan jenis yang aku beli sebelum ni..

Tapi.. ada tapinya jugaks..

Nama pun selsema dan berhingus.. memang takkan stop selagi tak kering.. 

Tak sampai sejam sedutan yang pertama.. bila Arissa bersin.. ada balik hingusnya.. huhuhu..

Sebelum dia tidur aku sedut balik tapi dah tak banyak macam sedutan pertama..

Semalam tidur Arissa agak terganggu.. mungkin sebab Arissa dah mula batuk.. cian omey mucuk mama ni..

Awal pagi tadi.. Arissa bangun nak susu.. sian dia.. kejap2 dia tarik botol.. tak selesalah tu nak bernafas.. hidung dia tersumbatlah tu.. tapi tak dengarlah pulaks bunyi apa2 kat hidung.. aduiii.. sian pulaks nak hantar ke umah pengasuh..

Esok cuti..

Malam ni aku plan nak cuba petua orang dulu2.. sapu kunyit kat hidung Arissa..

Kalau masih bersoksek-soksek esok.. sebelum mandi pagi aku nak buat terapi kat dia.. ada terbaca testimoni kat fb.. diceritakan melalui blog Mama Comel Arissa dan Little Mama Diary .. cam menarik dan senang jerk.. nanti aku nak buat testimoni jugaklah..

Hopefully.. Arissa cepat sembuh.. tak sanggup tengok anak2 tak sihat.. si kakak pun dah mula batuk2.. tu batuk cari sendiri.. pulun makan aiskrim banyak2.. grrrrr... memang nak kena bebel ngan aku!


5 omelan:

syalinda johari said...

Arissa comel, moga cepat lega selsemanya....muahhh

Mohd shafiq Akasah said...

Saya nak beli ni. Bole bagi alamat kedai?

Faina Arisya said...

En Mohd Shafiq..

Saya beli kat Manjaku Bangi ya.. kat Seksyen 9 kalau tak silap..

miss nysa said...

Sis..alat tu berapa harga?

Faina Arisya said...

miss nysa..

tak pastilah sis.. kalau x silap maybe less than rm20

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (111) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (10) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty