Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Happy Birthday Fateh!

Assalamualaikum..

Semalam birthday Fateh.. aku tak sempat nak update blog sebab kebz-an dengan jamuan raya unit.. petangnya ke tabung haji.. huhuhu..

So, ambil kesempatan pagi ni update jap..

20.08.2009 ~ tarikh puteraku dilahirkan.. dinamakan Muhammad Fateh Azfar..

Setiap tahun selain menyambut bersama sanak sedara.. aku cuba juga untuk meraikannya di sekolah.. aku nak anak2 aku rasa dihargai.. rasa disayangi.. duit boleh dicari.. tapi kenangan semasa mereka membesar hanya datang sekali..

Masa kecik2 memang aku langsung tak berpeluang untuk merasai semua tu.. maklumlah aku datang dari keluarga yang susah.. so, aku tak nak anak2 aku merasai zaman aku susah dulu.. bukannya aku memanjakan mereka.. tapi mereka berhak utk merasai kebahagiaan tu selagi aku mampu..

Oklah.. takmo emo2.. ni gambar birthday celebration kat sekolah Fateh.. aku bekalkan kamera PINK aku tu.. suh cikgu Fateh snap.. masa majlis ni diadakan aku takde.. pihak sekolah yang uruskan.. aku cuma hantar kek dan goodies..

2kg moist choc cake ditempah khas dari Putrajaya Cake House .. Fateh suker sangat ngan kek ni..

alololo.. hensem mama ni.. senyum tak nampak mata dah haaa.. happy sangat yer!!

acara semasa majlis..

alahai.. kurusnya anak mama ni.. dap tak kek tu??

makan berjemaah.. 


Akhir kata.. 

H A P P Y   B I R T H D A Y   F A T E H !!!!

semoga jadi anak yang soleh.. penyejuk hati mama dan papa..
dipanjangkan umur murah rezeki..
menjadi pembimbing keluarga..
menjadi perintis yang berjaya di dunia dan di akhirat..

Aminnnnnnnn...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah