Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sambutan Hari Raya BPM

Assalamualaikum..

Jumaat lepas..

Majlis sambutan hari raya peringkat bahagian diadakan secara sederhana bagi menghormati hari berkabung seluruh Malaysia..

Majlis terpaksa diadakan kerana semua tempahan telah dibuat sebelum pengumuman hari berkabung.. nak tak nak kena teruskan jugak..

kad jemputan yang direka khas oleh designer yg sangat kreatif.. 
acara king & queen raya dibatalkan..

  
 jom naik bukit!

menapak di tengah2 panas.. pergh.. berpoloh! takpe2 dpt free vitamin D..

biru mata hitamku..

  
SUB sedang berucap..

Tiba masa seminit waktu berkabung.. kami semua berdiri dan bertafakur sambil membaca Al-Fatihah.. Takziah buat semua keluarga dan sahabat handai penumpang dan anak kapal nahas MH17..

Majlis diteruskan dalam suasana yg suram..
 Juadah yang disediakan.. nasi kerabu, kambing golek, sate & nasi impit, lemang & rendang, laksa, cendol, rojak buah, pemanis mulut dan minuman..

Yang sodih eh.. uhuhuhu.. byk menu aku tak bleh nak makan.. nasi kerabu bukan peberet.. makan sket jerk.. kambing golek pulaks.. aku tak makan daging.. huhuhu.. padan muko aku.. sapa suh tak makan daging.. ngeeeeee... sate makan secucuk dua aku dah muak.. laksa memang tengah berpantang.. lemang sedap tapi x bleh makan byk2.. kang angin pulaks.. 

so apa yg aku makan?? nasib badan..
cuaca pada hari tu pulaks panas gila.. memang x lalu nak makan sangat.. asyik nak pekena air jerk.. sib baik cendol sedap.. huhuhuu.. telan secawan cendol dah kenyang..


even warna suram.. totap maintain ngan cik Fareeda.. hehehehe.. jgn mare!

Tengah2 aku sedap makan lemang yang sangat lembut itew.. pihak urusetia sedang cabut nama utk cabutan bertuah.. aku memang tak nak ambik port sebab tau aku susah sangat2 nak bertuahnya.. so, dengan khusyuknya aku makan lemang yg sedap itew... tiba2 kawan2 semeja sebut nama aku.. ehh2 pesal laks.. lorrr.. nama aku naik siot!! terkejut aku!! dengan mulut penuh ngan lemang... buruk lah weii!! terkinja2 gi ambik hadiah.. huhuhu..

alhamdulillah.. rezeki anak2.. 

sib baik masa balik kami tak kena menapak.. lega..

Jutaan terima kasih kepada pihak AJK dan urusetia yang menganjurkan majlis ini..

Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir & Batin

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah