Semalam...
Kami bawa Fateh ke klinik Pakar Kanak2 An-Nur.. mcm biasa mesti nak jumpa Dr Khairul coz dia dah kenal Fateh since Fateh kecik lagi.. nak2 pulak bila Fateh selalu masuk wad.. jumpa Dr sebab Fateh batuk dan selesema masih tak hilang.. dah lebih seminggu.. Dr pun dah kenal sangat ngan kami.. dah lama tak jumpa katanya.. huhuhuu.. last sekali tahun lepas masa Fateh genap 2 tahun.. masa tu ambik vaksin Hep. A..
Alang2 dah jumpa Dr pakar kan.. aku minta Dr Khairul check skrotum (buah zakar) Fateh sebab aku baru perasan ada sedikit kelainan.. ada perbezaan antara kedua-dua skrotum tu.. sebelah lebih besar.. tapi Fateh takde rasa sakit apa pun.. masa Fateh bawah umur setahun pernah gak tanya Dr.. tapi Dr kata biasa jerk.. lama2 dia akan hilang sendiri.. tapi kali ni agak besar.. sebelum2 ni memang aku tak delah perasan sangat.. rasanya macam ok jerk kedua2nya.. tapi dalam seminggu dua ni nampak ketara perubahan yang berlaku..
Bila Dr check..
terus Dr suruh datang esok (hari ni) jumpa pakar bedah kanak2.. aku dah risau.. Dr kata Fateh kena hernia aka angin pasang.. dr pakar bedah akan menentukan samada Fateh kena operate atau tidak.. aku jadi risau sangat2.. apa pun penyakit yang melanda anak2 mesti ibu2 akan risau.. nak2 pulak kalau kena operate.. hati ibu mana yang tak gundah gelana.. kalau tak gundah tu.. memang takde perasaan keibuan langsung!
Nak pergi kerja pun aku tak semangat... asyik dok fikirkan mengenai Hernia.. search google.. cari info yang boleh memahamkan aku erti Hernia sebenarnya... hasil dari bacaan aku.. barulah aku faham kenapa ianya terjadi.. dan operation adalah jalan yang terbaik..
Istilah Hernia..
"Hernia atau dalam bahasa Latinnya, herniae, membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantong dengan bukaan berbentuk seperti cincin. Gangguan ini sering terjadi di kawasan perut dengan komponen yang keluar berupa bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini." - sumber
pmr.penerangan.gov.my
Penyebab Hernia - sumber
www.izieherb.net
Hernia yang berlaku di kalangan warga tua samada disebabkan oleh adanya jalan yang terbentuk semasa perkembangan fetus, bukaan sedia ada di dalam ruang abdomen atau kawasan dinding abdomen lemah oleh sebab sesuatu keadaan.
- Apa jua keadaan yang menyebabkan peningkatan tekanan dalam ruang abdomen boleh menyumbang kepada pembentukan hernia atau menerukkan lagi hernia. Contoh termasuk:
Mengikut petua orang2 lama.. juga petua dari MIL aku.. bayi lelaki yang baru dilahirkan perlu di tuam buah zakar untuk mengelakkan angin pasang... begitu juga dengan bayi perempuan.. tuam di bawah pusat.. dan aku dah tuam kedua-dua anak2 aku sehingga umur 3-4 bulan kalau tak silap.. dan bila aku baca forum2 keibubapaan.. ada juga kes macam Fateh.. walaupun si ibu dah menuam.. tapi anak tetap kena Hernia..
Berdasarkan pembacaan aku dan pemerhatian aku pada Fateh.. apa yang boleh aku katakan.. punca Fateh di serang adalah disebabkan.. yg pertama proses meneran semasa membuang air besar.. ni kerap juga terjadi.. pernah sekali tu sampai nanges2 dia meneran sebab berak keras.. mungkin disebabkan kekurangan air dalam badan.. dan yang kedua adalah berpunca dari batuk yang berterusan..
Rasa tak sabar nak jumpa dr pakar bedah kanak2 petang ni.. nak tahu apa tindakan yang akan dibuat.. dan sekiranya di bedah.. mungkin tidak esok.. sebab Fateh masih mengalami batuk dan selesema.. apa pun tunggu keputusan petang nanti.. hmmm.. risau sangat2.. sebab Hernia ni akan jadi merbahaya sekiranya Hernia terjerut..
Hope doakan Fateh sembuh dengan cepat..
Comments
risau tau.. itulah penyakit yg ditakuti kaum lelaki.. kaum perempuan pun boleh kena..
kesiannya tengok anak sakit2 macam tu kan.. bila dah ada penyakit macam ni.. kena jaga diorang betul2..