Berita itu..

Assalamualaikum..

Berita yang memang aku tak nantikan..

Ingatkan tak dapat... sebab ada member bgtau org lain dah dapat surat.. so, seronoklah coz aku tak dapat... tapi.. akhirnya sampai juga surat itu atas meja aku... uwaaaaaaaaaaa....

Aku tak tengok nama dah.. sbb sah2 utk aku kan.. aku tengok keputusan dia jerk.. 'SIMPANAN'... oh tidakkkk...

Haaa.. padan muka aku.. yg pi gatai2 hantar borang tahun lepas apasal... aku ingatkan susah nak dapat based on pengalaman senior2 dulu.. aku ni kan lurus bendul.. dah arahan suh hantar borang.. aku isi jerlah.. huhuhuhu...

Aku tau semua tu adalah ketentuan dan rezeki dari-Nya.. tapi...


Dalam lubuk hati yg paling dalam ni.. aku tidak bersedia lagi utk kenaikan pangkat... apatah lagi utk keluar dari zon selesa kat opis sedia ada..

Tak sanggup utk aku memikul tanggungjawab yg lebih besar.. tak sanggup andainya ditukarkan ke tempat yg jauh2.. walaupun aku dah 9 tahun 2 bulan di sini.. aku tak bosan.. aku selesa di sini.. dekat ngan rumah.. dekat ngan alamanda.. dekat ngan anjung.. usia yg meningkat ni aku lebih suka duk kat opis jerk.. tak minat buat keje2 luar..

Orang lain mesti seronok naik pangkat kan.. tapi bukan aku.. aku risau akan tanggungjawab yg bakal aku pikul.. seram mak nok! kalau fikirkan dari segi kenaikan gaji tu memanglah nak kan.. tapi kalau setakat naik dalam 90 utk keje yg hampir sama level ngan pegawai... oh tidak.. sangat tidak berbaloi.. itu pengalaman yg aku nampak kat opis ni laaa..

Cara aku.. aku lebih suka kerja yg menerima arahan daripada memberi arahan.. aku suka keje sendiri sesuai dengan no 5 daripada kajian kaunselor mengikut tarikh lahir.. uwaaaa... dan aku tak suka pergi meeting.. aku susah nak fokus..

Ohhhh... semoga 'SIMPANAN' tu duk diam2 yerk.. i'm not ready yet..


2 omelan:

syalinda johari said...

kak iena..tahniah..walaupun dpt simpanan..tapi tak lama kot..sebab tahun 2015 ramai geng2 pencen katanya...
mai la Jabatan perangkaan...kikikiki

Faina Arisya said...

syalinda..

janganlah cakap camtu.. takutnya... Jab. Perangkaan best ke?

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (111) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (10) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty