Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Arissa 8 Bulan ~ Menu Makanan Bayi ~ Cous Cous Cheesy Veggie

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. syukur masih dipanjangkan usia bernafas di muka bumi ini..

Masuk usia Arissa 8 bulan.. semakin bertambah sayur2an dan buah2an yang boleh diperkenalkan..so, aku pun excited lah nak mencuba.. huhuhu.. pening gak weiii nak masak memasak ni.. nak create resepi sendiri tu tak lah.. tokok tambah tu bolehlah sket2.. huhu..

Kali ni aku buat cous cous cheesy veggie.. amboi.. nama.. adakah seindah rupa?? again.. tq to receipe owner dari group fb homemade solid food..

Bahan2 :-

EVOO, POO yang aku guna kat rumah

cous cous, bawang holland, bronkoli dan lobak

cheddar cheese.. aku guna jenama Beqa

sukatan nya.. agak2lah ya.. tak reti aku nak sukat2 ni..


Cara2:-


1. Panaskan POO dan tumis bawang holland, bronkoli dan carrot..
2. Masak cous cous sehingga kembang
3. Campurkan bahan tumis ke dalam cous cous
4. Masukkan cheese dan gaul rata
5. Bila dah suam masukkan EVOO dan blend.. nyum3.. lemak berkrim gitu..

Pasni debab lah Arissa makan berlemak2... huhuhuhu...

Sekian, selamat mencuba.. nanti aku post lagi menu2 utk Arissa.. hehehe.. takde idea nak cerita ceritun supaya blog sentiasa up to date..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah